Lelaki Luah Rasa Menyesal Beli Kereta Mewah RM1.45 Juta – “Masa Beli Rasa Bangga, Tapi Bila Jual Balik..”

LocalCars
18 Feb 2025 • 2:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, melalui laman TikTok, tular satu hantaran seorang lelaki yang meluahkan rasa menyesal beli sebuah kereta jenama mewah bernilai jutaan ringgit.

Alami kerugian besar beli Mercedes G-Wagon

Difahamkan, lelaki berkenaan telah membeli kereta mewah berjenama Mercedes G-Wagon tetapi kini mengalami kerugian hampir RM780,000 selepas menjual semula kereta mewah itu.

image is not available

Kisah yang dikongsikan bukan untuk menunjukkan-nunjuk tentang angka tetapi hanyalah pengajaran bahawa kemewahan tidak semestinya membawa kepada kebahagiaan.

Tiga tahun lalu, dia merasakan dirinya telah mencapai satu kejayaan dalam hidup selepas berjaya membeli kereta berkenaan, namun terpaksa menjual dengan harga RM670,000 dan itu merupakan satu kerugian yang besar hingga membuatkan dia terfikir tentang nilai sebenar kereta itu.

Betul ke kemewahan boleh bawa kepada kebahagiaan?

Bila dah alami sendiri, saya mula fikir balik. Betul ke duit kita ni nak habis pada kereta? Benda yang bagi kepuasan sementara? Atau ada keperluan lain yang lebih penting?

image is not available

Selepas menjual kereta G-Wagon tersebut, lelaki itu hidup lebih berserdahana, biarpun kini tinggal di Dubai tanpa memiliki kereta sendiri dan bergantung pada teksi.

Saya tak kisah dah nak bawa kereta biasa. Yang penting, hidup lebih bebas.

image is not available 2 days ago

'Maintenance' Terlalu Mahal, 'Engineer' Menyesal Ikut Kehendak Keluarga Beli Kereta Honda - "Nak Beli Bezza Tapi Family Cakap.."