Individu dedah Johan Ghazali banyak beli sejak dapat bonus, dedah harga jam hampir RM100,000 seutas

EntertainmentBusiness & Finance
14 Feb 2025 • 4:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Individu dedah Johan Ghazali banyak beli dan membuat koleksi jam tangan mewah yang dipercayai bernilai hampir RM100,000 bagi seutas.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok usahawan dan personaliti media sosial yang terkenal dengan jualan ‘preloved’ beg tangan mewah dan berjenama, Mirzan Johor mendedahkan harga bagi beberapa jam tangan milik Johan Ghazali atau lebih mesra disapa Jojo dalam kalangan peminat.

“Dia masuk championship kemudian dapat bonus kontrak, selepas itu saya nampak dia banyak buat pembelian jam.
“Ini adalah Hublot Classic Fusion Blue, harganya dalam RM24,000 ke RM30,000,”katanya.

image is not available
image is not available

Individu dedah Johan Ghazali banyak beli

Selain itu, Mirzan mendedahkan Jojo atau nama sebenar Muhammad Johan Ghazali Zulfikar memiliki seutas lagi jam tangan jenama Rolex bernilai hampir RM100,000.

“Ini adalah Rolex Bruce Wayne Gold. Kalau kita jual Bruce Wayne yang biasa berharga RM83,000. Tetapi yang ini saya rasa mungkin harganya hampir RM100,000,“katanya lagi dalam sebuah video berdurasi dua minit 49 saat.

@mirzanjohor

Johan Ghazali ataupun Jojo kini sedang semakin makin popular. Dari hari ke hari kita boleh nampak yang beliau mula kelihatan memakai jam berjenama mewah yang harganya pun bukan calang-calang ye. #JohanGhazali #jojo #luxurywatch #iconluxe #spotter #mirzanjohor

♬ original sound - MirzanJohor l IconLuxe.my - MirzanJohor l IconLuxe.my

Secara keseluruhan, koleksi jam tangan Johan dianggarkan bernilai sekitar RM130,000. Beliau membeli jam tangan ini sebagai ganjaran untuk dirinya sendiri setelah mencapai kejayaan dalam sukan Muay Thai.

Sumber: TikTok mirzanjohor