Lelaki Ludah Muka Pekerja & ‘Customer’, Tak Puas Hati Ditegur Pasal Anak Ambil Barang Tanpa Bayar & Raba Pelanggan Lain

19 May 2024 • 11:33 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di aplikasi TikTok dan X, video seorang lelaki dilihat meludah muka seorang pelanggan dan staf yang bekerja di taman permainan Giant Tampoi, Johor kerana tidak berpuas hati.

 

Staf bagitahu anak lelaki ambil barang tak bayar

Menerusi video itu, staf wanita berkenaan menjelaskan lelaki tersebut adalah pelanggan tetap di situ namun anaknya suka mengambil barang tanpa membayarnya terlebih dahulu.

Anak lelaki itu juga didakwa menganggu pelanggan lain dengan meminta untuk dibelikan makanan dan juga meminum air pelanggan lain tanpa kebenaran.

Walaupun kami dah marah dan larang, mereka degil tetap ambil. Jadi petang tadi, anak dia curi gula-gula dan air yang semua sekali berjumlah RM9.

 

Minta pulangkan duit

Apa yang membuatkan suasana menjadi lebih tegang adalah alasan si bapa kanak-kanak tersebut apabila diberitahu anaknya didakwa memegang dada pelanggan wanita di situ.

Saya yang pegang ke?

Pelanggan lelaki itu juga meminta staf untuk mengembalikan semula entrance fee yang dibayar dan mengugut untuk membawa senjata kerana berang dengan dakwaan yang dibuat.

image is not available

Ramai warganet yang menonton mengkritik tindakan lelaki berkenaan kerana mempamerkan contoh yang sangat tidak baik kepada anaknya.

Bagaimanapun, wanita yang memuat naik video itu telah memadam hantaran tersebut di TikTok dah memaklumkan bahawa lelaki terbabit telah datang membuat permohonan maaf.

image is not available 1 month ago

“Sejak Bila?!” - Wanita Berang Dihalang Bawa Anjing Masuk Kedai, Staf Tenang Kawal Situasi Dipuji Netizen