Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular video TikTok di di laman Threads menunjukkan seorang lelaki Malaysia yang dipercayai menetap dan bekerja di Ireland bertindak melontarkan komen berbaur lucah kepada seorang wanita di sana.
Menerusi video dikongsi, kedengaran lelaki berkenaan berkata, “Akak letak apa yang bulat sangat ni kak” sambil kameranya terfokus ke arah wanita yang sedang memakai baju sedikit terdedah di bahagian payudaranya.
Wanita itu bagaimanapun tidak mengendahkan komen berkenaan dan berlalu pergi dari situ dipercayai kerana tidak memahami Bahasa Melayu yang dituturkan lelaki itu.
Dalam video sama, dia juga berkata kepada seorang wanita lain bahawa dia kelihatan seperti seorang pelakon.
Lelaki Sebut “Wakanda Forever” Kepada Lelaki Nigeria
Lebih mencuri perhatian ramai, apabila dia berkata “Wakanda Forever” kepada seorang lelaki berkulit hitam. Rata-rata netizen di ruangan komen menyifatkan tindakan lelaki itu rasis dengan mengeluarkan kata-kata sebegitu.
“Patutlah Malaysia ni dilabelkan sebagai negara yang rasis memandangkan kita ada penduduk macam ni,” kata seorang pengguna Threads.
View on Threads
Bagaimanapun, lelaki tersebut menerusi semakan kami di TikTok Story miliknya berkata bahawa lelaki warga Nigeria itu merupakan rakannya selain menafikan dakwaan dia bersikap rasis.
![Image from: Lelaki Malaysia Dikecam Selepas Didakwa Cakap Lucah Kepada Wanita & Biadab Dengan Penduduk Di Ireland [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-22-at-16.20.37.jpeg)
@yanthebeast3 ♬ suara asli – griselda faustin – .
‘Adab Mana? Ni Bukan Sikap Rakyat Malaysia’ – Netizen
Walaupun niatnya mungkin hanya mahu bergurau, namun ramai netizen berpendapat bahawa tingkah laku tersebut tidak mencerminkan warga Malaysia yang tinggi adabnya.
Malah ada yang menyifatkan tindakannya adalah satu bentuk gangguan seksual.
“Ini bukan setakat rasis. Gangguan seksual pun ada. B*d*hnya,” kata seorang pengguna Threads.
“Jujur cakap aku benci konten dia. Tolonglah buat laporan. Ni bukan kelakukan rakyat Malaysia yang sepatutnya. Adab (mana)? Bayangkan warga asing datang (Malaysia) dan buat macam tu dekat kita,” tambah seorang lagi warganet.
“Bayangkan Kalau Orang Asing Buat Lawak Lucah Dekat Perempuan Malaysia, Kau Okay Ke?” – Netizen
Malah ramai juga meluahkan rasa malu melihat lelaki tersebut mengejek dan memperendahkan penduduk tempatan di Ireland.
“Gangguan seksual, rasis, rakam dan muat naik video tanpa kebenaran? Mentaliti b*d*h mat rempit. Kenap nak buat (sesuatu) yang memalukan. Malu aku tengok. Bayangkan kalau ada orang asing datang Malaysia, buat lawak lucah, rasis, rakam perempuan Malaysia dan post di media sosial. Kau okay ke?” tegur seorang wanita.
Selamba Panggil Orang Lain Albert Einstein & Gelar Seorang Lelaki Di Ireland Pencuri
Menerusi semakan kami, itu bukanlah pertama kali lelaki berkenaan memuat naik konten sebegitu di akaun TikTok miliknya.
Dalam hantaran berbeza, dia juga secara melawak ada memanggil seorang warga emas sebagai ahli fizik teori terkenal, Albert Einstein dipercayai hanya kerana mempunyai rambut dan janggut beruban.
Bukan itu sahaja, dia juga turut menggelar seorang lelaki dipercayai penduduk tempatan sebagai pencuri hanya kerana memerhati sebuah motosikal di tempat awam.
@yanthebeast3 ♬ suara asli – griselda faustin – .
Tonton video penuh [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Dikecam Cakap Lucah Pasal Wanita Tak Dikenali Di Restoran Ketika Buat Live
Baca Artikel Berkaitan: Kes Borak Lucah Ketika Live: Influencer Mohon Maaf, Wanita Rusia Buat Laporan Polis [Video]
Berikut antara komen-komen netizen:
![Image from: Lelaki Malaysia Dikecam Selepas Didakwa Cakap Lucah Kepada Wanita & Biadab Dengan Penduduk Di Ireland [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/lelaki-komen-lucah-kepada-wanita-di-Ireland-852x1024.jpg)
![Image from: Lelaki Malaysia Dikecam Selepas Didakwa Cakap Lucah Kepada Wanita & Biadab Dengan Penduduk Di Ireland [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/lelaki-komen-lucah-kepada-wanita-di-Ireland-2-1024x913.jpg)
![Image from: Lelaki Malaysia Dikecam Selepas Didakwa Cakap Lucah Kepada Wanita & Biadab Dengan Penduduk Di Ireland [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/lelaki-komen-lucah-kepada-wanita-di-Ireland-3-1024x466.jpg)
![Image from: Lelaki Malaysia Dikecam Selepas Didakwa Cakap Lucah Kepada Wanita & Biadab Dengan Penduduk Di Ireland [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/lelaki-komen-lucah-kepada-wanita-di-Ireland-4-1024x639.jpg)
![Image from: Lelaki Malaysia Dikecam Selepas Didakwa Cakap Lucah Kepada Wanita & Biadab Dengan Penduduk Di Ireland [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/lelaki-komen-lucah-kepada-wanita-di-Ireland-5-1024x822.jpg)
![Image from: Lelaki Malaysia Dikecam Selepas Didakwa Cakap Lucah Kepada Wanita & Biadab Dengan Penduduk Di Ireland [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/lelaki-komen-lucah-kepada-wanita-di-Ireland-6-1024x980.jpg)
Baca Artikel Berkaitan: Siap Tutup Hidung, Reaksi Pelancong Malaysia Jerit ‘Busuk’ & ‘Tak Mandi Ke?’ Di China Undang Kecaman
Baca Artikel Berkaitan: “Kedai Ni Untuk Orang Korea Je” – Staf Kedai Di Vietnam Didakwa Rasis Dengan Pelancong Malaysia [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Teruk Dikecam Kerana Hina Atlet Badminton Negara & Guna Ayat Rasis, Lelaki Ini Tampil Mohon Maaf
