Lelaki Malaysia Kantoi Dalam CCTV Cuba Curi Duit & Kad Bank Di Jepun

Entertainment
18 Feb 2025 • 12:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nama Malaysia sekali lagi menjadi bualan ramai apabila terdapat satu kes di mana seorang warga Malaysia didapati melakukan cubaan mencuri di Jepun.

Seorang pengajar sambilan ditahan kerana mencuri barang berharga semasa latihan di sebuah kelab bola keranjang di Kota Takatsuki, Wilayah Osaka.

Tindakan lelaki berkenaan terdedah melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di mana dia dilihat sedang menyelongkar beg mereka yang sedang bermain bola keranjang.

Menurut pihak polis, lelaki itu ditahan kerana disyaki mencuri kad kredit dan wang tunai, suspek dikenali Wong Ka Fei berusia 26 tahun, seorang pengajar sekolah rendah sambilan warganegara Malaysia.

Difahamkan, suspek itu menggunakan nama Jepun dan mengambil bahagian dalam bola keranjang buat kali pertama.

“Beberapa puluh ribu yen dalam bentuk tunai dan salah guna kad kredit, jumlah yang disahkan adalah kira-kira 1 juta yen (RM 29,250),” kata mangsa.

Dalam pada itu, di aplikasi X rata-rata penduduk tempatan berang dengan tindakan lelaki Malaysia berkenaan, malah ada yang meminta agar suspek itu dibuang daripada Jepun.

image is not available

Pun begitu, setakat artikel ini ditulis masih belum ada kenyataan berkenaan hukuman yang bakal dijatuhkan kepada rakyat Malaysia itu.

Sumber: Asahi.co, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.