Lelaki Malaysia Terkejut ‘Disergah’ Gadis Vietnam Cakap Bahasa Melayu Di Hoi An

6 Oct 2025 • 2:39 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lelaki Malaysia Terkejut ‘Disergah’ Gadis Vietnam Cakap Bahasa Melayu Di Hoi An

Bila melancong ke negara orang, antara perkara asas yang selalu kita lakukan adalah cuba belajar sedikit tentang budaya dan bahasa tempatan mereka.

Bukan apa, walau sekadar tahu ucapan asas seperti “terima kasih” atau “selamat pagi”, itu menunjukkan kita menghormati dan menghargai negara yang kita lawati.

Malah, ia juga boleh membantu mencipta pengalaman perjalanan yang lebih mesra dan menyenangkan.

Tapi, pernah tak terbayang kalau tiba-tiba orang tempatan di sana pula menyapa kita dalam bahasa kita sendiri?

Bayangkan ketika sedang berjalan-jalan di kota asing, tiba-tiba seorang penduduk tempatan menyapa anda dalam bahasa Melayu. Lagi-lagi kalau sebutannya lancar, siap ada loghat macam orang Malaysia.

“Pekat betul Melayu dia…”

Itulah yang dialami oleh seorang lelaki Malaysia ketika sedang meronda bersama rakan-rakannya di Hoi An, sebuah bandar lama yang terkenal di Vietnam.

Ketika itu, dia didatangi oleh seorang gadis tempatan yang sedang mempromosikan bisnes keluarganya. Namun, apa yang mencuri perhatian adalah bahasa yang digunakan gadis itu.

Mana tidaknya, dengan penuh yakin, gadis Vietnam tersebut menyapa dan berbual menggunakan bahasa Malaysia.

Lebih mengejutkan, dia bukan sekadar tahu perkataan asas, malah berinteraksi dengan fasih, siap dengan loghat yang kedengaran seakan-akan orang Malaysia sendiri.

Terkejut dengan kebolehannya, lelaki itu berseloroh bertanya sama ada wanita tersebut sebenarnya orang Malaysia. Mana tidaknya, cara dia bercakap memang cukup lancar, seperti sudah biasa menggunakan bahasa kita.

@hambafakir313

Tgh duk round2 pekan hoi an teserempak dengn akak viral ni.. pekat betul melayu dia @Thanh Huyền #fyp #vietnam #hoian

♬ bunyi asal – Amir – Amir

Rakaman perbualan itu yang dimuat naik di media sosial nyata mengundang pelbagai reaksi daripada warganet, khususnya rakyat Malaysia.

Ramai netizen meluahkan rasa kagum dengan kebolehan wanita itu bertutur dalam bahasa Malaysia dengan begitu baik.