Lelaki mandikan sahabat ‘istimewa’ raih pujian ramai -“Kawan sejati dunia dan akhirat”

3 Feb 2025 • 11:44 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Lelaki mandikan sahabat

Walaupun tiada pertalian darah, tetapi sahabat adalah insan yang sangat rapat dengan kita untuk berkongsi perihal peribadi serta masalah dan mereka mempunyai tempat istimewa dalam hati kita.

Tidak terkecuali, seorang lelaki yang dikenali sebagai Shidie luah rasa syukur apabila dapat bertemu dengan sahabatnya yang kini sudah tidak normal seperti dahulu.

Dalam perkongsian yang dimuat naik oleh Shidie di laman Facebook, dia telah bertemu dengan sahabatnya yang dikenali sebagai Shukor itu di tepi jalan dan memujuknya untuk membersihkan diri.

Lelaki mandikan sahabat

image is not available

image is not available

“Maaf andai lari tajuk.

“Allahuakbar, diberi peluang lagi untuk jumpa sahabat (insan istimewa) puas pujuk untuk bersihkan diri, makan dan bersiap semula seperti normal,” katanya.

Shidie turut berasa sedih apabila melihat keadaan terkini sahabatnya itu yang sangat berbeza berbanding dahulu namun, percaya bahawa Shukor masih waras seperti insan lain.

Dia juga berharap Shukor sentiasa dilindungi Allah selalu selain memohon maaf kerana tidak mampu untuk membantu sahabatnya itu untuk segala aspek.

Lelaki mandikan sahabat

image is not available

image is not available

“Amat-amat sedih apa yang terjadi pada kau dan kehidupan kau, nescaya kau bukan tak waras dan kau masih waras. Cuma nasib dan ujian kita berbeza.

“Semoga kita terus istiqamah, diberkati dalam setiap langkah dalam kehidupan kita, maafkan aku Shukor sebab aku tak mampu urus segalanya.

“Semoga setiap langkah engkau sentiasa lindungan Allah swt doakan aku Shukor supaya terus berbuat kebaikan, muhasabah diri dan bantu lebih ramai orang. Aminn,” ujarnya.

image is not available

image is not available

image is not available

Terima kasih orang baik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap keprihatinan dan kasih sayang Shidie terhadap sahabatnya sehingga sanggup membersihkan tubuh badan Shukor, menggantikan baju baharu serta memotong rambut yang tidak terurus.

image is not available image is not available

Semoga dipermudahkan urusan

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar segala urusan kedua-dua pihak tersebut dipermudahkan dan berharap Allah membalas jasa baik Shidie.

image is not availableimage is not available

Sumber: Facebook @Shidie Motor

View Original Article