Lelaki mati dibunuh, mayat ditanam selepas dipercayai diculik

30 Sep 2026 • 1:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki mati dibunuh, mayat ditanam selepas dipercayai diculik
Mayat seorang lelaki yang ditemui ditanam di satu kawasan di Semenyih, Kajang, Ahad lalu dipercayai adalah mangsa. Foto hiasan

AMPANG - Seorang penjual durian disyaki dibunuh selepas dilarikan sekumpulan individu dari hadapan sebuah bengkel kereta di sini pada Khamis lalu.

Mangsa berusia lingkungan 30-an, dipercayai dilarikan oleh suspek dengan menaiki sebuah kenderaan jenis Honda.

Seorang pemilik bengkel yang enggan dikenali berkata, dia melihat rakannya dilarikan oleh suspek dari hadapan bengkelmya menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

"Saya bertemu mangsa sejam sebelum dilarikan ketika dia menghantar kenderaannya untuk dibaiki di bengkel, kemudian saya pulang ke rumah.

"Pada pagi Khamis, saya dihubungi isteri dan adik mangsa yang memaklumkan mangsa masih belum pulang ke rumah. Susulan itu, saya pergi ke bengkel bagi meneliti rakaman CCTV untuk mengetahui perkara yang berlaku," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Pemilik bengkel itu berkata, berdasarkan rakaman CCTV, kejadian berlaku sekitar jam 4 pagi apabila mangsa dibawa menaiki sebuah kereta.

"Saya menyarankan isteri dan adiknya untuk membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Pemilik bengkel itu berkata, dia kemudian dihubungi oleh isteri mangsa pada awal pagi Isnin lalu memaklumkan bahawa lelaki itu telah meninggal dunia selepas disyaki dibunuh.

"Isnin lalu, saya ada bertemu dengan adik dan isteri mangsa di Hospital Serdang. Pada masa ini kami difahamkan pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut," katanya.

Dia berkata, rakaman CCTV di bengkelnya juga sudah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Dalam perkembangan berkaitan, mayat seorang lelaki yang ditemui ditanam di satu kawasan di Semenyih, Kajang, Ahad lalu dipercayai adalah mayat mangsa.

Sinar Harian sedang mendapatkan pengesahan daripada Polis Daerah Kajang dan Polis Daerah Ampang.

Berdasarkan maklumat yang diterima, pihak polis sudah menahan beberapa individu yang disyaki terlibat bagi membantu siasatan selain sedang mengesan saki-baki suspek utama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved