[KEMASKINI] Lelaki 27 rekod jenayah ditahan curi lori hijau

30 Sep 2026 • 6:36 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [KEMASKINI] Lelaki 27 rekod jenayah ditahan curi lori hijau

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki tempatan yang mempunyai 27 rekod jenayah lampau ditahan selepas dipercayai melarikan sebuah lori sebelum terlibat dalam kejadian video tular polis polis mengejar lori hijau di kawasan perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang di sini hari ini.

Suspek ditahan selepas enggan memberhentikan lori berkenaan ketika dikesan polis malah memandu secara berbahaya sehingga melanggar sebuah kereta peronda polis.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai keberadaan lori yang dilaporkan hilang dipercayai dicuri di kawasan Plentong.

Menurut beliau, orang awam menghubungi polis selepas mengesan lori berkenaan di kawasan perindustrian Tanjung Langsat.

“Bertindak atas maklumat tersebut, pihak polis berjaya mengesan lori berkenaan namun suspek yang memandu lori enggan memberhentikan kenderaan menyebabkan berlaku aksi polis mengejar suspek.

“Semasa cuba melarikan diri, suspek memandu secara berbahaya dan melanggar kereta peronda polis sebelum berjaya ditangkap di kawasan Pasir Gudang,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Sohaimi berkata, hasil pemeriksaan lanjut ke atas suspek turut menemui satu paket lut sinar mengandungi bahan disyaki dadah.

Jelasnya, semakan lanjut mendapati suspek mempunyai 27 rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan jenayah dan dadah.

“Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas suspek pula didapati positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan motor, Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

Kes turut disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 masing-masing kerana memiliki dadah berbahaya dan memasukkan dadah berbahaya ke dalam badan.

Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Johor Bahru esok bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.-KOSMO! ONLINE

The post [KEMASKINI] Lelaki 27 rekod jenayah ditahan curi lori hijau appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved