Lelaki mati ditembak dalam pacuan empat roda

LocalPolitics
30 Nov 2025 • 9:47 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lelaki maut ditembak dalam kejadian di sekitar Taman Mesra Indah pada Sabtu.

KLANG - Seorang lelaki maut ditembak dalam kejadian di sekitar Taman Mesra Indah di sini pada Sabtu.

Mangsa terlibat dipercayai individu warga tempatan, namun butiran umur mangsa belum diperoleh setakat ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya menerusi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 8.35 malam.

"Satu kejadian tembak dipercayai berlaku di kawasan berkenaan dan panggilan dibuat orang awam berhubung kejadian.

"Setakat ini, motif kejadian masih dalam peringkat siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya pada Ahad.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan.

"Sebarang maklumat berkaitan kejadian dapat disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Asisten Superintenden Mohd Harman Mohd Hanif di talian 019-2100334.

"Selain itu, maklumat juga dapat disalurkan dengan menghubungi bilik gerakan IPD Klang Selatan di talian 03-33762222," katanya.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan mangsa didapati terkulai dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Menerusi hantaran video berkenaan, mangsa dipercayai ditembak dalam kejadian berkenaan.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved