Lelaki maut 2 kereta bertembung

18 Jan 2026 • 9:46 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAMBUNAN: Seorang lelaki maut selepas kenderaan Perodua Alza yang dipandunya bertembung dengan sebuah Toyota Avanza di hadapan Pasar Raya Servay Jaya, Jalan Dabata, di sini, Sabtu.

Panggilan kecemasan pada jam 4.56 petang telah menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tambunan ke lokasi kejadian kira-kira lima kilometer dari balai berkenaan.

Akibat perlanggaran itu, pemandu Perodua Alza itu tercampak keluar dari kenderaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan.

Pemandu Toyota Avanza, seorang wanita berusia 38 tahun, dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved