Lelaki maut, 5 lagi cedera di Beluran

7 Jan 2026 • 3:51 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

BELURAN: Seorang lelaki maut sementara lima lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah Toyota Hilux dan sebuah Toyota Unser di sepanjang Jalan Telisai Sapi Nangoh, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, PPgB Edoen Macheal, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.57 tengah hari sebelum sebuah jentera digerakkan ke lokasi, terletak sejauh kira-kira 45 kilometer.

Kemalangan membabitkan enam mangsa terlibat.

“Empat mangsa dalam Toyota Hilux, iaitu dua dewasa dan dua kanak-kanak, mengalami kecederaan ringan dan berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Dua mangsa dalam Toyota Unser pula membabitkan seorang lelaki dan seorang wanita.

“Lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Wanita itu mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Beluran untuk rawatan lanjut,” katanya.

Pasukan bomba tiba pada jam 1.38 tengah hari dan menjalankan kerja-kerja keselamatan serta memastikan kawasan kemalangan terkawal sebelum operasi ditamatkan pada jam 2.56 petang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved