Lelaki maut akibat renjatan elektrik ketika mengecat rumah

31 Dec 2025 • 9:12 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Seorang lelaki maut akibat renjatan elektrik ketika mengecat rumah di Kota Kinabalu, dengan kesan terbakar dan kecederaan parah ditemui pada mayatnya.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dipercayai maut akibat renjatan elektrik ketika melakukan kerja mengecat sebuah rumah di Fasa 3, Kampung Likas di sini.

Mangsa yang berusia 40-an disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lintas Agustavia Joe Guasi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.03 pagi.

Sebanyak 10 anggota digerakkan ke lokasi bersama sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis sebaik sahaja pengesahan kematian dibuat oleh petugas kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata operasi itu mendapat kerjasama pelbagai agensi termasuk polis, Kementerian Kesihatan dan Sabah Electricity.

Operasi tersebut ditamatkan sepenuhnya pada 11.10 pagi.