Tular Seorang Maut, Dua Cedera Diserang Sekumpulan Lelaki Bersenjata Di Restoran

31 Dec 2025 • 11:19 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera parah selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah restoran di Jawi, Pulau Pinang, pada Selasa.

Lelaki mengalami tetakan di kepala akibat diserang

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 4.30 petang apabila sekumpulan lelaki bersenjata parang menyerang mangsa, dipercayai berikutan ketidakpuasan hati berkaitan masalah hutang.

image is not available

Foto: Harian Metro

Akibat serangan tersebut, seorang lelaki mengalami tetakan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Dua lagi mangsa yang cedera parah segera dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap untuk menerima rawatan lanjut.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail, mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar serangan. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

image is not available

Foto: FMT

Sebelum ini, beberapa rakaman video kejadian tular di media sosial memaparkan keadaan mangsa yang cedera termasuk seorang yang berada dalam keadaan kritikal dipercayai akibat serangan menggunakan parang.

Sumber: Sinar Harian 

The post Tular Seorang Maut, Dua Cedera Diserang Sekumpulan Lelaki Bersenjata Di Restoran appeared first on Borak Daily.