Lelaki maut dalam insiden tembakan di restoran Sendayan

LocalPolitics
20 Nov 2025 • 8:07 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang lelaki maut selepas dipercayai ditembak ketika sedang menikmati makanan di sebuah restoran di Nusari Biz Sendayan, di sini, pada malam Rabu.

Menurut saksi, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam apabila mangsa dikatakan sedang makan sebelum dua kenderaan menghampiri kawasan berkenaan. Mangsa kemudiannya dilihat melarikan diri ke arah seberang jalan.

Orang awam di lokasi memaklumkan bahawa beberapa das tembakan kedengaran sebelum mangsa rebah di atas jalan.

Baca juga:

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 pada jam 11.23 malam.

“Semasa anggota bertugas di bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, kami menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan bahawa satu kes bunuh telah berlaku di sebuah restoran di lokasi kejadian.

“Kes masih dalam siasatan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan,” katanya dalam kenyataan ringkas.