Lelaki maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Dengkil

LocalPolitics
25 Nov 2025 • 9:11 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Polis menembak mati seorang lelaki dipercayai penjenayah dalam insiden berbalas tembakan di tepi jalan, Batu 8, Jalan Banting - Dengkil, Selangor, malam tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Jenayah Berat (D9), JSJ, telah terserempak dengan sebuah kenderaan jenis perodua berwarna perak yang dinaiki oleh seorang lelaki, dalam keadaan mencurigakan pada jam kira-kira 8.10 malam.

Ketika itu, pasukan berkenaan, katanya, menjalankan operasi mengesan dan mencegah kejadian jenayah samun di sekitar kawasan Banting, Dengkil dan Sepang dengan menggunakan kenderaan pasukan.

“Ketika pasukan serbuan cuba menahan, tiba-tiba suspek telah bertindak melepaskan tembakan dari dalam kenderaan ke arah pasukan polis.

“Pasukan polis telah membalas tembakan sehingga tiada ancaman keselamatan,’’ katanya dalam satu kenyataan.

Beliau memberitahu, suspek telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan hasil siasatan awal suspek disyaki seorang lelaki warga tempatan namun tiada sebarang pengenalan diri dijumpai.

“Pemeriksaan di dalam kenderaan suspek telah menemui sepucuk senjata api jenis colt 45, tujuh paket lut sinar mengandungi serbuk kristal disyaki dadah dan tiga butir peluru jenama kynoch kaliber .45,’’ katanya.

Beliau memberitahu, siasatan kes berkenaan masih dijalankan. - 25 November, 2025

The post Lelaki maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Dengkil appeared first on Scoop.