
KINABATANGAN: Seorang lelaki maut di baham buaya di sungai berdekatan Ladang Maisang Sime Darby Sukau, di sini, pada Isnin.
Mangsa yang dikenali sebagai Kamirun Bin Malul, 42, dikatakan berada di tebung sungai itu untuk membasuh pakaian dan mandi.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata, pada jam 3.10 petang Isnin, Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan menerima panggilan mengenai seseorang dibaham buaya.
Lima anggota dari balai itu bergegas ke lokasi sejauh 62km dari balai untuk operasi mencari mangsa. Pasukan itu diketuai komander operasi, Jerry John.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Mangsa ditemukan penduduk kampung pada jam 3.10 petang pada jarak 500 meter dari mangsa dilaporkan dibaham reptilia itu.
Mayat mangsa dibawa ke rumah keluarga dan diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut.
Operasi ditamatkan pada jam 5.38 petang.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

