Lelaki maut dibaham buaya ketika cuci bot

LocalEnvironment
18 Jul 2026 • 10:25 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki maut dibaham buaya ketika cuci bot
Lokasi kejadian mangsa dibaham buaya di sungai Kampung Batu Putih, Kinabatangan.
Image from: Lelaki maut dibaham buaya ketika cuci bot
Mayat mangsa dibaham buaya dibawa ke rumah sebelum diserahkan kepada pihak polis.

KINABATANGAN - Seorang lelaki ditemukan maut akibat dibaham buaya ketika sedang mencuci bot di sungai Kampung Batu Putih di sini pada Sabtu.

Mayat Rusli Mardin, 57, ditemukan dengan kesan gigitan haiwan tersebut pada bahagian perut dan leher sebelah kanan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan Suriyadi Darwis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.31 petang Jumaat.

Menurutnya, seramai enam anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 42 kilometer dari BBP Kinabatangan.

"Menurut saksi yang merupakan anak kepada mangsa, kejadian berlaku ketika mereka sedang mencuci bot di kawasan tersebut. Saksi memaklumkan ayahnya dibaham seekor buaya sebelum mangsa hilang dari pandangan.

"Setelah mendapatkan maklumat, operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dilakukan namun keadaan di lokasi yang semakin gelap, menyukarkan pencarian," katanya dalam kenyataan.

**media[3586108]**

Katanya lagi, operasi pencarian telah ditangguhkan pada jam 8.45 malam dan akan disambung keesokan harinya.

"Bagaimanapun, pada jam 4.45 pagi tadi, Komander Operasi dimaklumkan bahawa mangsa telah ditemui kira-kira 500 meter ke hilir sungai dari lokasi dia dibaham buaya.

"Keadaan anggota badan mangsa didapati masih sempurna, namun terdapat kesan gigitan pada bahagian perut dan leher sebelah kanan.

"Pasukan bomba bertindak membantu mengangkat mangsa dari tebing sungai ke rumah mangsa dan disahkan telah meninggal dunia," katanya.

Katanya lagi, mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Setelah memastikan semua tugas pasukan bomba selesai dan tiada bahaya lain di lokasi, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8 pagi tadi," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved