Lelaki Maut Dibaham Singa Peliharaan Di Halaman Rumah

15 May 2025 • 2:27 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lelaki Maut Dibaham Singa Peliharaan Di Halaman Rumah

Seorang lelaki warga Iraq, Aqil Fakhr al-Din, 50, maut selepas dibaham dan sebahagian tubuhnya dimakan oleh singa peliharaannya sendiri.

NDTV melaporkan, kejadian berlaku di rumah kediaman mangsa di kawasan Al-Hasinat, dalam daerah Al-Barakiya, Wilayah Najaf, pada Khamis lalu.

Insiden dipercayai terjadi hanya beberapa hari selepas mangsa membeli haiwan buas tersebut dengan niat untuk menjinakkannya. Mangsa juga difahamkan telah lama memelihara pelbagai haiwan liar di rumahnya.

Menurut laporan akhbar Al-Ghad, mangsa diserang secara tiba-tiba sebaik menghampiri kandang singa yang ditempatkan di taman rumahnya.

Ketika mangsa cuba mendekati kandang, singa itu terus menyerang dan membunuhnya dalam sekelip mata.

Singa itu dikatakan menerkam dan menggigit leher serta dada mangsa sehingga menyebabkan kecederaan parah yang membawa maut.

Lebih mengejutkan, haiwan tersebut kemudiannya memakan sebahagian besar tubuh mangsa.

“Seorang jiran yang mendengar jeritan ahli keluarga mangsa bertindak pantas masuk campur dan berjaya menembak mati singa berkenaan menggunakan senjata miliknya,” kata sumber, seperti dilapor NDTV.

Sumber: NDTV

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved