Penunggang maut selepas motosikal langgar lembu

15 May 2025 • 2:19 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA TINGGI: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh seekor lembu yang melintas jalan di Kilometer 5 Jalan Lok Heng-Mawai di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian yang menimpa lelaki berumur 49 tahun itu pada kira-kira pukul 1 pagi.

Beliau berkata kejadian berlaku semasa lelaki yang menunggang motosikal Honda RS150 itu dalam perjalanan dari arah Bandar Penawar menuju ke Felda Lok Heng, apabila dia tidak sempat mengelak lembu yang sedang melintas jalan.

“Akibat kemalangan, lelaki itu mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusof berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved