
KENINGAU: Seorang lelaki berumur 20 tahun meninggal dunia selepas terkena hentakan tayar yang meletup semasa dia sedang mengepam tayar itu.
Ketua Polis Daerah Keningau Superintendan Yampil anak Garai berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang individu di salah sebuah kedai tayar di Jalan Durok Keningau kira-kira jam 4 petang Khamis, mengatakan seorang pekerja kedai itu ditemui tidak sedarkan diri.
“Mangsa dikenal pasti sebagai Arizal Etin dari Kampung Limbawan dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Jelasnya, pemeriksaan tubuh mangsa dan tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah, dan tiada kesan lain kecuali luka pada kepalanya.
Yampil berkata, kejadian disaksikan oleh rakan mangsa itu dan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga menunjukkan perkara sama.
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Keningau untuk bedah siasat.




