Pekerja Maut Akibat Kepala Terhentak Tayar Ketika Isi Angin

LocalCars
20 Jun 2025 • 10:22 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pekerja kedai tayar maut selepas kepalanya terkena letupan tayar ketika mengisi angin di sebuah premis di Jalan Durok, di sini, petang tadi.

Tayar meletup tiba-tiba

Menurut laporan TV3, mangsa, Arizal Etin, 20, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden yang berlaku sekitar jam 4 petang.

image is not available

Foto: Buletin TV3

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai berkata, siasatan awal mendapati mangsa sedang mengepam angin sebelum ia tiba-tiba meletup dan mengenai kepalanya.

“Rakan mangsa yang turut berada di lokasi kejadian memaklumkan mangsa sedang mengisi angin sebelum berlaku letupan kuat yang menyebabkan mangsa terpelanting,” katanya.

Beliau berkata, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut mengesahkan kejadian itu berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang unsur mencurigakan.

image is not available

Foto: Harian Metro

“Hasil pemeriksaan fizikal pada tubuh mangsa juga tidak menemui sebarang kecederaan lain yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah,” ujarnya.

Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Keningau untuk proses bedah siasat dan tindakan lanjut.

Sumber: Buletin TV3

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved