Lelaki Maut Diikat & Dipukul Di Semenyih Positif Dua Jenis Dadah, Ada 10 Rekod Lampau & Dikehendaki – Polis

23 Feb 2024 • 2:26 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Individu yang maut selepas diikat dan dibelasah sekumpulan lelaki dalam satu kejadian di Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang, Selasa lalu disahkan positif dadah ketika kejadian.

 

Ada 10 rekod lampau berkaitan dadah

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dalam sidang media hari ini selepas laporan bedah siasat dijalankan ke atas lelaki berusia 42 tahun terbabit.

Dia positif dadah. Masa post mortem itu, dia positif methamphetamine dan ganja.

image is not available

Dalam temu bual itu, Hussein turut mendedahkan mangsa mempunyai 10 rekod lampau berkaitan dadah dan dikehendaki atas kesalahan berkenaan.

 

Akan ada lagi suspek ditahan

Sementara itu, pihaknya turut berjaya menahan dua lagi individu berusia 22 dan 39 tahun di Kajang semalam selepas dipercayai terbabit dalam insiden berkenaan.

Akan ada lagi suspek ditahan, kita juga sudah menerima laporan dibuat oleh dua pemilik kenderaan yang terbabit dalam kejadian itu.

 

Difahamkan ketika kejadian, mangsa melanggar dua kenderaan lain sebelum ditemui meninggal dunia dipercayai akibat dipukul.

image is not available

Dalam pada itu, Hussein memaklumkan pihak polis masih menyiasat motif kejadian tersebut memandangkan hasil bedah siasat mendapati tiada kecederaan ketara pada mangsa yang menyebabkan kematiannya.

Polis juga menyeru orang ramai yang menjadi saksi insiden untuk tampil membantu siasatan serta menasihati masyarakat untuk tidak menokok tambah atau mereka-reka cerita berkaitan kes ini.

image is not available 2 days ago

"Saya Tak Sanggup Tengok Video Itu, Harap Pelaku Dihukum Setimpal" - Bapa Mangsa Diikat & Dipuk*l Hingga Mat*