Lelaki maut dilanggar lari ketika pasang bendera parti

LocalPolitics
20 Jul 2026 • 3:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki maut dilanggar lari ketika pasang bendera parti
Seorang lelaki maut dipercayai dilanggar lari ketika pasang bendera parti. Foto ihsan polis

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki maut dipercayai dilanggar lari ketika sedang memasang bendera parti di Jalan Kuala Sawah-Rantau berhampiran Kampung Belangkan di sini pada petang Ahad.

Kejadian jam 6.40 petang itu melibatkan sebuah lori dan mangsa berusia 34 tahun.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Yatim Osman berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila seorang lelaki berada di bahu kiri jalan arah ke Rantau sedang menjalankan kerja-kerja memasang bendera parti.

"Secara tiba-tiba sebuah kenderaan dipercayai lori jenis dan nombor pendaftaran tidak pasti telah melanggar tiang papan tanda dan pejalan kaki tersebut yang berada di bahu jalan.

"Lori tersebut dipercayai meninggalkan lokasi kejadian sejurus kemalangan dan usaha mengesan pemandu terlibat serta saksi masih dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, akibat perlanggaran tersebut, mangsa telah terjatuh di bahu jalan dan mengalami kecederaan di bahagian muka serta kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

"Individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Nor Fadzilah Mohd Zainuddin (019- 4611794) dan Bilik Gerakan IPD (06-6033222) atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved