Lelaki maut dipercayai dilanggar lori ketika pasang bendera

20 Jul 2026 • 5:07 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Lelaki maut dipercayai dilanggar lori ketika pasang bendera

SHAH ALAM, 20 JULAI: Seorang lelaki maut dipercayai dilanggar lari ketika memasang bendera parti di Jalan Kuala Sawah-Rantau berhampiran Kampung Belangkan, Seremban semalam.

Kejadian jam 6.40 petang itu melibatkan sebuah lori dan mangsa berusia 23 tahun.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Yatim Osman berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila seorang lelaki berada di bahu kiri jalan arah ke Rantau sedang menjalankan kerja memasang bendera parti.

"Secara tiba-tiba sebuah kenderaan dipercayai lori jenis dan nombor pendaftaran tidak pasti telah melanggar tiang papan tanda dan pejalan kaki tersebut yang berada di bahu jalan.

"Lori tersebut dipercayai meninggalkan lokasi kejadian sejurus kemalangan dan usaha mengesan pemandu terlibat serta saksi masih dijalankan," katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, akibat perlanggaran tersebut, mangsa terjatuh di bahu jalan dan mengalami kecederaan di bahagian muka serta kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

"Individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Nor Fadzilah Mohd Zainuddin (019- 4611794) dan Bilik Gerakan IPD (06-6033222) atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved