Lelaki Maut Dirempuh Kereta Ketika Kawal Lalu Lintas Di Lokasi Kemalangan

LocalCars
17 Feb 2025 • 7:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Seorang lelaki temui ajal gara-gara dirempuh kereta ketika mengawal lalu lintas di lokasi kemalangan jalan raya di di Kilometer 69.2, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) kelmarin.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar.

Mangsa dikenali Tan Wing Foo, 47, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bentong pada 7 petang, hari kejadian.

image is not availableimage is not available"Siasatan awal mendapati sebuah kereta dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur terbabas ke dalam longkang lalu beberapa pengguna jalan raya lain berhenti untuk membantu.

"Semasa salah seorang daripada mereka sedang membantu mengawal lalu lintas, datang sebuah kereta yang hilang kawalan merempuhnya dan seorang lagi mangsa," katanya

Sehubungan itu, pihak polis memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian itu supaya tampil bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.