
SEBERANG PERAI – Seorang pejalan kaki maut selepas tersepit di bawah lori 10 tan dalam kejadian kemalangan di jejambat Jalan Bukit Tengah, Bukit Mertajam di sini, hari ini.
Mangsa yang dikenal pasti sebagai Sim Chin Chuan, 49, maut di lokasi akibat kecederaan parah pada kepala.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam tiba di lokasi selepas menerima panggilan pukul 9.40 pagi.
“Mangsa tersepit di bawah lori, manakala pemandu kenderaan berat itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Beliau berkata, pasukan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah lori dan Chin Chuan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan. – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki maut dirempuh lori ketika lintas jalan appeared first on Kosmo Digital.




![[KEMASKINI] Empat maut, seorang cedera Ford Raptor dihempap pokok tumbang](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/Untitled-design-2026-08-03T162813.346.png)

