Lelaki maut diserang, ditetak sekumpulan individu

3 Nov 2026 • 12:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki maut diserang, ditetak sekumpulan individu
Lokasi kejadian di Banting melibatkan seorang lelaki maut selepas diserang sekumpulan individu. Foto kecil: Mohd Akmalrizal

BANTING - Seorang lelaki maut selepas diserang dan ditetak sekumpulan individu dalam kejadian di sini yang dipercayai bermotifkan dendam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat menerima maklumat kejadian melibatkan mangsa berusia 20-an itu daripada MERS999 pada jam 12.01 tengah malam, Selasa.

Menurutnya, susulan itu, tiga individu warga tempatan berusia lingkungan 30-an berjaya diberkas di sekitar Banting.

"Motif kejadian sebenar masih dalam siasatan.

"Orang ramai yang melihat dan mempunyai maklumat kejadian diminta untuk tampil ke balai polis berdekatan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tambahnya, maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-31872222.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved