Lelaki maut ditembak di stesen minyak Klang

LocalPolitics
8 Nov 2025 • 12:21 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut dalam kejadian tembak di sebuah stesen minyak di kawasan Bukit Tinggi, Klang malam tadi.  

‎Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata dalam kejadian pada kira-kira jam 11 malam itu seorang suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah hadapan sebuah kenderaan.

Difahamkan, tembakan itu terkena bahagian dada dan perut mangsa warga tempatan berusia 34 tahun. 

‎"Polis menerima maklumat daripada orang awam yang melaporkan ada kejadian tembak di sebuah stesen minyak dalam kawasan Klang Selatan," katanya dalam kenyataan hari ini. 

‎Shazeli dalam kenyataan sama memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah ASP Aminuddin Mahadi di talian 013-2104006 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222.

‎Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

‎Terdahulu, tular rakaman video yang memaparkan seorang lelaki dalam keadaan cedera dipercayai akibat ditembak, sedang diusung oleh petugas kesihatan untuk mendapatkan rawatan. 

Difahamkan, mangsa turut memiliki beberapa rekod jenayah lampau kini dirawat di sebuah hospital, lapor Sinar Harian. - 8 November, 2025

The post Lelaki maut ditembak di stesen minyak Klang appeared first on Scoop.