Tiga maut, tiga cedera kontena atas kapal terbakar

Local
7 Nov 2025 • 4:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tiga pekerja kapal maut manakala tiga lagi cedera dalam kebakaran sebuah kontena di atas kapal MSC Kyparissia di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) tengah hari tadi.

ISKANDAR PUTERI - Tiga lelaki maut manakala tiga lagi cedera dalam kebakaran sebuah kontena di atas kapal MSC Kyparissia di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di sini pada Jumaat.

Menurut Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan Satu Khas Untuk Penyandang (KUP), Mohamad Anuar Mohamad Amdzah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 12.23 tengah hari.

Katanya, sebaik menerima panggilan tersebut satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu jentera utiliti dengan sembilan anggota bomba telah dihantar ke lokasi.

**media[3333093]**

"Setibanya ke lokasi pada jam 12.40 tengahari, didapati kebakaran berlaku ketika kerja pemunggahan kontena dijalankan di bahagian bawah geladak (under hatch) Blok 5.

"Kejadian melibatkan enam mangsa termasuk seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 59 tahun, seorang warganegara Filipina dan Britain berusia lingkungan 40-an cedera," katanya dalam kenyataan.

**media[3333092]**

Tambah Mohamad Anuar, kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Gleneagles Iskandar Puteri oleh ambulans PTP manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Mohamad Anuar berkata, ketika ini usaha pemadaman giat dijalankan di atas kapal kargo berkenaan.

"Pemadaman awal dilakukan oleh Bomba PTP menggunakan dua tugboat, selain dibantu kerja-

kerja unloading oleh Quay 118.

"Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," ujarnya.

Pada masa sama, JBPM membuka Pos Kawalan Hadapan (PKH) dan operasi masih dijalankan dengan kerjasama pihak PTP.

 

 

View Original Article