Tayang Baru Beli Kereta EV, Pempengaruh Dikecam Selamba Buang Plastik Dari Tingkap

LocalEnvironment
11 Feb 2026 • 3:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Seorang pempengaruh teruk dikecam baru-baru ini selepas tular video memaparkan dirinya baru sahaja membeli sebuah kenderaan elektrik (EV).

Apa yang membuatkan pempengaruh ini dikecam ramai adalah kerana tindakannya yang membuang plastik yang dibungkus dalam bahagian kereta itu ke luar tingkap.

Artikel berkaitan: Mayat Warga Emas Ditemui Dalam Longkang Oleh Remaja Ketika Buang Sampah

Artikel berkaitan: Denda RM2,000 & Kerja Amal : Amaran Keras KPKT Buat ‘Pembuang Sampah’ Mulai 2026

Menerusi ruangan komen, ramai netizen kurang senang melihat tindakan wanita itu dan menempelak sikapnya yang tidak mempunyai kesedaran terhadap kebersihan alam sekitar walaupun sudah membeli kereta jenis EV.

Ada juga mengatakan bahawa tindakan wanita tersebut boleh dilaporkan kepada pihak berkuasa memandangkan bukti sudah ada secara terang-terangan.

image is not available

image is not available

Terpanggil dengan teguran dan kecaman itu, wanita ini memuat naik satu rakaman yang dikatakan (situasi sebenar) di mana wanita tersebut dilihat mengutip semula sampah tersebut.

Sekadar info, mana-mana individu yang membuang sampah merata-rata boleh disiasat mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) yang mana pesalah boleh didenda maksimum RM2,000 serta 12 jam khidmat masyarakat kerana membuang sampah kecil di tempat awam.

Sumber : Berita Harian, TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.