Lelaki Maut Jatuh Dari Tingkat 3 Di Matang,Tiada Unsur Jenayah Ditemui

11 Sep 2024 • 9:05 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Polis Klasifikasikan Kematian Mengejut

Lelaki Maut Jatuh Dari Tingkat 3 Di Matang,Tiada Unsur Jenayah Ditemui. Seorang lelaki berusia 26 tahun dilaporkan maut setelah terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan kediaman di Jalan Matang, di sini hari ini.

Kejadian tragis itu berlaku pada jam 5.25 petang, apabila pihak polis menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut.

image is not available

Lelaki 26 Tahun Disahkan Meninggal Dunia

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Radzi, mengesahkan bahawa mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan semasa dalam perjalanan ke hospital. Berdasarkan pemeriksaan awal ke atas tubuh mangsa, tiada kecederaan mencurigakan ditemui, menandakan tiada unsur jenayah yang terlibat dalam insiden ini.

Kes tersebut kini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, dan jenazah mangsa telah dihantar ke Bilik Mayat Hospital Umum Sarawak (SGH) untuk tindakan lanjut.