Lelaki Maut Jatuh ‘Flyover’ Cuba Elak Motor Lawan Arus, Netizen Desak Cari Pelaku Ke Lubang Cacing

14 Jun 2023 • 10:44 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tular di media sosial hari ini video rakaman litar tertutup (CCTV) memaparkan kemalangan yang berlaku di susur Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (SUKE) menghala Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Rakaman menunjukkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi terbabas sebelum tercampak ke bawah jambatan ketika cuba mengelak penunggang motosikal yang melawan arus.

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail memaklumkan mangsa yang jatuh pada ketinggian kira-kira 30 meter meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah.

Lelaki maut tercampak daripada flyover

image is not available

Kini pihak polis sedang giat mengesan penunggang motosikal melawan arus tersebut untuk disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Di media sosial, orang ramai turut mengutuk tindakan cuai penunggang motosikal yang menyebabkan kematian orang lain. Netizen mahu pelaku tampil menyerah diri dan bertanggungjawab di atas perbuatannya.

image is not available

Salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa kemalangan. Semoga ada keadilan untuk mangsa. Al-fatihah.

Kredit: Astro Awani | Twitter Amrlamnnn