Motosikal lawan arus jadi punca! Penunggang Ducati cuba elak maut jatuh ‘flyover’

14 Jun 2023 • 5:54 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Video kemalangan yang berlaku di susur Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (SUKE) menghala Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) siang tadi telah mengejutkan ramai apabila penunggang motosikal berkuasa tinggi dimaklumkan meninggal dunia.

Punca motosikal lawan arus

Menerusi video dan gambar yang tular di media sosial, kemalangan tersebut dikatakan berpunca daripada sebuah motosikal yang melawan arus di laluan tersebut sehingga penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati terbabas sebelum merempuh flyover dan tercampar jatuh ke bawah.

Memetik laporan dari Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail memaklumkan kes masih lagi dalam siasatan dan mangsa yang meninggal dunia difahamkan berusia 43 tahun.

Patut langgar je yang lawan arus tu

Menjengah ke ruangan komen posting yang dibuat Kementerian Netizen Malaysia, ramai yang ‘mengamuk’ melihat tindakan kurang bijak penunggang motosikal yang melawan arus itu sehingga mengakibatkan kematian kepada individu tidak bersalah.

Mereka juga menggesa supaya pihak berkuasa segera mengambil tindakan supaya kematian penunggang Ducati itu terbela.

image is not available

Sebab orang lain, orang lain jadi mangsa

image is not available

Cari penunggang motosikal tu sampai dapat!

image is not available

Menyusahkan orang lain!

image is not available

Sumber: Sinar Harian (Ahmad Ismadi Ismail), Facebook Kementerian Netizen Malaysia