Lelaki maut jatuh pokok durian

17 Jan 2024 • 7:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mangsa maut selepas terjatuh dari pokok durian dengan ketinggian 30 meter. Foto ihsan JBPM

image is not available
Bomba menggunakan pengusung untuk membawa keluar mangsa dari tempat kejadian dengan jarak dua kilometer. Foto ihsan JBPM

PASIR PUTEH - Seorang lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari pokok durian ketinggian 30 meter di Telosan, di sini pada Rabu.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa Mohd Zainuri Hamzah, 44, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.09 petang mengatakan seorang lelaki terjatuh ketika sedang mengambil petai di kebunnya.

"Seramai 11 anggota termasuk pegawai telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sejurus tiba, pihak kami mendapati mangsa telah terjatuh dari pokok durian dengan ketinggian 30 meter. Mangsa dikatakan memanjat pokok buah tersebut untuk mengambil petai di sebelahnya," katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, bomba menggunakan pengusung untuk membawa keluar mangsa dari tempat kejadian dengan jarak dua kilometer (km).

Ujarnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved