Lelaki maut kemalangan dua motosikal

19 Oct 2026 • 12:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lelaki maut kemalangan dua motosikal

LENGGONG: Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal di Kilometer 49, Jalan Gerik-Kuala Kangsar dekat Kampung Gelok, Lenggong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, kemalangan sekitar pukul 9 malam itu membabitkan motosikal jenis SYM yang ditunggang lelaki berusia 47 tahun dan Yamaha 135LC ditunggang lelaki berusia 36 tahun.

Katanya, kejadian berlaku ketika kedua-dua motosikal berkenaan dipercayai bergerak dari arah Gerik menghala ke Kuala Kangsar.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal Yamaha 135LC yang berada di belakang dipercayai gagal mengelak sebelum melanggar bahagian belakang motosikal SYM yang berada di hadapan.

“Akibat kemalangan itu, kedua-dua penunggang mengalami kecederaan sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Lenggong untuk mendapatkan rawatan awal.

“Penunggang motosikal SYM kemudian dirujuk ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, penunggang Yamaha 135LC pula mengalami kecederaan pada bahagian muka dan masih menerima rawatan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

The post Lelaki maut kemalangan dua motosikal appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved