Bergaya pandu Proton X50! Lelaki Rohingya ‘kantoi’ tiada lesen

LocalCars
19 Oct 2026 • 5:31 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menyita sebuah Proton X50 dan sebuah motosikal dalam Operasi Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) selepas mengesan kesalahan berkaitan lesen memandu dalam kalangan dua lelaki warga Rohingya.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki warga Rohingya dikesan memandu Proton X50 tanpa lesen memandu yang sah ketika operasi dijalankan anggota penguat kuasa JPJ Stesen Penguat Kuasa Kuala Ketil.

Image from: Bergaya pandu Proton X50! Lelaki Rohingya ‘kantoi’ tiada lesen

Lelaki berkenaan ditahan kira-kira jam 8.30 pagi di Kilometer 1, Jalan Padang Temusu–Tikam Batu.

Image from: Bergaya pandu Proton X50! Lelaki Rohingya ‘kantoi’ tiada lesen

Operasi sama turut membawa kepada penyitaan sebuah motosikal yang digunakan seorang lagi lelaki warga Rohingya selepas didapati tidak memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) selain melakukan beberapa kesalahan teknikal.

Kedua-dua kenderaan terbabit kemudian dibawa ke Depoh Sitaan Stesen Penguat Kuasa JPJ Kuala Ketil untuk tindakan lanjut.

Image from: Bergaya pandu Proton X50! Lelaki Rohingya ‘kantoi’ tiada lesen

JPJ Kedah menegaskan tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkat bagi memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan yang ditetapkan, termasuk keperluan memiliki lesen memandu yang sah sebelum menggunakan kenderaan di jalan raya.

Langkah itu juga bertujuan memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara serta mengelakkan pelanggaran undang-undang yang boleh mendatangkan risiko kepada diri sendiri dan pengguna lain.

Sumber: Facebook JPJ Negeri Kedah

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved