Lelaki maut kenderaan terjunam gaung, ditemukan selepas dua hari

LocalCars
7 Oct 2026 • 8:57 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Lelaki maut kenderaan terjunam gaung, ditemukan selepas dua hari

KOTA BHARU, 7 OKT: Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux yang dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 100 meter di Jalan Ladang Pos Pulat, di Gua Musang, dan hanya ditemukan dua hari selepas kejadian.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata pihaknya menerima aduan daripada orang awam pada 4.30 petang semalam berhubung penemuan kenderaan berkenaan di bawah cerun, dengan mangsa ditemukan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku pada Ahad lalu, dua hari sebelum kenderaan dan mangsa ditemukan.

“Berdasarkan maklumat daripada isteri mangsa, lokasi terakhir dari 'live location' mangsa telah dikesan pada petang Ahad di sekitar kawasan kejadian.

“Pada 6 Oktober, rakan sekerja mangsa pergi ke lokasi terakhir tersebut bagi mencari mangsa sebelum menemukan Toyota Hilux milik mangsa berada di bawah cerun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sik berkata siasatan mendapati kenderaan dipandu mangsa dipercayai terbabas ke dalam gaung ketika menuruni bukit dan tiada individu menyaksikan kejadian itu menyebabkan kenderaan yang dipandu mangsa tidak disedari orang awam sehingga ditemukan rakan sekerjanya.

Beliau berkata mayat mangsa kemudian dibawa naik dari lokasi kejadian dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved