Lelaki maut kepala tersepit pintu lif

26 Dec 2023 • 9:28 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut selepas kepalanya tersepit di pintu lif di sebuah pusat beli-belah di Jalan Burma, Georgetown, Pulau Pinang, hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi laman Facebook berkata, JBPM Pulau Pinang menerima panggilan kecemasan pada kira-kira jam 4.45 petang tadi berhubung kejadian itu.

Komander Operasi, PBK II, Ahmad Rezki Faris Islam berkata, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal digerakkan ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa tersepit di pintu lif pada bahagian kepala.

“Pasukan bomba bertindak menjalankan operasi penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa tersepit itu.

“Namun, setelah berjaya dikeluarkan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan) akibat kecederaan parah di kepala,” katanya.

Ujarnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Menerusi laporan media, terdahulu, mangsa dikenali R Tinesh Kumar, 28, dikatakan mahu memeriksa keadaan lif yang rosak selepas ia tiba-tiba berhenti di antara tingkat satu dengan aras lantai. - 26 Disember, 2023

The post Lelaki maut kepala tersepit pintu lif appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved