Lelaki maut kereta jatuh tebing setinggi 200 meter

14 Nov 2025 • 3:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lelaki maut selepas kereta terjunam ke bawah tebing setinggi 200 meter di Lebuhraya Utara-Selatan. Foto ihsan bomba
image is not available
Kereta dipandu mangsa dipercayai melanggar besi penghadang jalan sebelum jatuh ke bawah tebing. Foto ihsan bomba
image is not available
Mayat mangsa berjaya dibawa naik dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Foto ihsan bomba

SEREMBAN - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas lalu terjunam ke bawah tebing setinggi 200 meter di Kilometer 267.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini pada Jumaat.

Mangsa, Lee Quan Yao, 22, yang tersepit di dalam kereta jenis Honda Accord disahkan meninggal dunia di lokasi.

**media[3340329]**

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 9.58 pagi.

"Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 telah tiba di lokasi jam 10.20 pagi dan mendapati sebuah kereta jatuh ke bawah tebing setinggi 200 meter.

"Terdapat seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan itu dan difahamkan kereta dipandu terbabas melanggar besi penghadang jalan sebelum jatuh ke bawah tebing," katanya.

**media[3340331]**

Menurutnya, bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan telah dibawa naik menggunakan pengusung.

Tambahnya, pihak perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan mayatnya telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.