Lelaki maut, lima wanita cedera van pekerja kilang kemalangan

17 Jan 2026 • 7:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam van kilang berkenaan. - foto BBP Bandar Baru Kulai
image is not available
Van yang membawa pekerja kilang remuk di lokasi kemalangan. - foto BBP Bandar Baru Kulai

KULAI – Seorang lelaki warga emas maut manakala lima wanita cedera apabila sebuah van yang membawa pekerja kilang terlibat dalam kemalangan berhampiran Puspakom Seelong, Senai di sini pada Sabtu.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai, Penguasa Bomba Muhammae Nor Zaki Mohd Ali, pihaknya menerima makluman mengenai kemalangan tersebut pada jam 6.32 pagi.

Katanya, sebaik menerima panggilan berkenaan satu jentera fire rescue tender dengan lima anggota bomba dari BBP Bandar Baru Kulai dihantar ke lokasi sejauh 14 kilometer.

“Sebaik tiba ke lokasi pada jam 6.48 pagi didapati kemalangan tersebut melibatkan sebuah van dengan kesemua mangsa didapati tersepit.

**media[3405009]**

“Pemandu van iaitu seorang lelaki warga emas berusia 64 tahun disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan yang berada di lokasi menakala lima penumpang wanita lain mengalami cedera ringan.

“Kesemua mereka kemudiannya dikeluarkan oleh anggota bomba dengan menggunakan peralatan power unit.

“Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala kesemua mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak perubatan bagi menerima rawatan lanjut,” katanya.

Tambah Muhammad Nor Zaki, operasi berjaya dikawal pada jam 7.03 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.14 pagi.