Lelaki Maut Motosikal Bertembung Treler

12 Apr 2025 • 4:23 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

KOTA BHARU - Seorang lelaki berusia 33 tahun maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan treler di Kilometer 37 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 8.40 pagi daripada Pusat Kawalan Daerah Gua Musang.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira 8.15 pagi, ketika mangsa yang menunggang motosikal dari arah Kuala Krai menghala ke Gua Musang, memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah treler.

"Mangsa dipercayai menunggang dalam keadaan laju dan sempat menoleh ke belakang sebelum perlanggaran berlaku," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata akibat daripada perlanggaran tersebut, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat, manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved