Lelaki maut motosikal langgar lembu

28 May 2025 • 4:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlanggar seekor lembu di Kilometer 3, Jalan Lok Heng–Mawai, di sini pada Selasa.

KOTA TINGGI - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlanggar seekor lembu di Kilometer 3, Jalan Lok Heng–Mawai, di sini pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman, kejadian dipercayai berlaku pada jam 7.35 malam ketika mangsa yang berusia 47 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC SE (FI) dalam perjalanan dari arah Mawai menghala ke Aping Barat.

“Setibanya di lokasi, motosikalnya hilang kawalan dan mangsa terjatuh di atas jalan selepas terlanggar seekor lembu.

“Mangsa cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk siasatan lanjut,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved