Lelaki maut nahas babit treler, van di Lahad Datu

LocalCars
5 Aug 2026 • 4:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Lelaki maut nahas babit treler, van di Lahad Datu

LAHAD DATU: Seorang lelaki berumur 20an maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori treler dan sebuah van di KM25, Jalan Lahad Datu-Sandakan, awal pagi Isnin.

Van yang dinaiki lima individu termasuk mangsa sedang dalam perjalanan dari Lahad Datu menuju ke Sandakan ketika kemalangan berlaku kira-kira jam 4.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dzulbaharin Ismail berkata siasatan awal mendapati lori treler itu melanggar sebuah lubang di jalan raya sehingga menyebabkan pemandunya hilang kawalan sebelum kenderaan terbabit memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan van berkenaan.

Akibat perlanggaran itu, kedua-dua kenderaan terbabas ke bahu jalan.

“Seorang penumpang van disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala kedua-dua pemandu serta penumpang lain mengalami kecederaan ringan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Humaidi Harun di 089-881255 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dzulbaharin turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati, mematuhi had laju yang ditetapkan serta lebih berwaspada ketika melalui jalan yang kurang pencahayaan atau berada dalam keadaan tidak memuaskan.

Katanya, langkah berjaga-jaga itu penting bagi membantu mengelakkan kemalangan serta memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved