Lelaki maut di rumah jagaan, lima ditahan bantu siasatan

5 Aug 2026 • 11:04 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki maut di rumah jagaan, lima ditahan bantu siasatan
Image from: Lelaki maut di rumah jagaan, lima ditahan bantu siasatan

IPOH - Seorang lelaki ditemukan maut dengan kesan kecederaan pada anggota badan di sebuah rumah jagaan di Tanjung Rambutan di sini pada Selasa.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 2 petang daripada Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan melibatkan mangsa warga tempatan berusia 54 tahun.

Menurutnya, laporan awal memaklumkan mengenai kematian seorang penghuni di rumah berkenaan sebelum sepasukan polis digerakkan ke lokasi untuk tindakan lanjut.

“Hasil pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

“Susulan itu, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, lima individu telah ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.

**media[3605577]**

Katanya, mereka yang ditahan terdiri daripada seorang penjaga dan empat penghuni rumah jagaan berkenaan.

“Siasatan sedang giat dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta peranan setiap individu yang terlibat," katanya.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan kes tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved