Lelaki maut nahas dua kenderaan di Genting Highlands

LocalCars
23 Dec 2024 • 2:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mangsa tersepit akibat kemalangan di Gohtong, di Hulu Selangor, pada Isnin.

HULU SELANGOR - Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan berhampiran Balai Polis Bantuan Gohtong, di sini, pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 10.05 pagi.

"Sepasukan enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kita mendapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah kereta jenis Toyota Corolla Altis dan sebuah van jenis Cam Placer-X," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ahmad Mukhlis berkata, pemandu Toyota Corolla Altis, Toh Yok Chai, 58, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit.

"Pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa sebelum menyerahkan mayat kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Pemandu Cam Placer-X, Ahmad Munir Yunus, 33, mengalami kecederaan di bahagian kepala dan telah dihantar ke Hospital Selayang oleh ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved