Lelaki Maut Selepas Cuba Padamkan Api Kebakaran & Selamatkan 7 Orang Jiran – “Bukan Keluarga Dia Pun, Mulianya Hati”

26 Jan 2024 • 1:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dalam satu kejadian di Labuan, seorang lelaki maut selepas membantu sebuah keluarga dalam kebakaran rumah teres di Merinding Garden dekat Jalan OKK Daud, awal pagi 24 Januari lalu.

 

Selamatkan tujuh orang jiran

Lelaki itu, Gillian Donald, 41, telah bertungkus lumus membantu memadam kebakaran sebuah rumah di situ dan turut menyelamatkan tujuh individu yang juga merupakan jirannya dalam insiden yang berlaku pada jam 4.17 pagi itu.

image is not available

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata kebakaran di rumah itu akhirnya berjaya dipadamkan oleh pihak bomba namun malangnya Gillian gagal diselamatkan dan meninggal dunia.

Siasatan lanjut juga mendapati seramai tujuh isi rumah iaitu enam wanita seorang lelaki dan tiga daripadanya kanak-kanak berjaya diselamatkan. Semua mereka masing-masing berusia empat hingga 67 tahun.

Namun sukarelawan iaitu jiran mangsa kebakaran yang bertungkus lumus dan berjaya menyelamatkan tujuh sekeluarga mangsa kebakaran didapati meninggal dunia.

image is not available

 

Terhidu bau asap berlebihan

Kata Hamizi lagi, bantuan CPR telah diberikan namun mangsa gagal diselamatkan dan pegawai perubatan mengesahkan Gillian mengalami sesak nafas akibat terhidu bau asap yang berlebihan.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Nukleus Sabah untuk pemeriksaan di mana tiada sebarang kecederaan ditemui di tubuhnya namun siasatan lanjut masih diteruskan.

image is not available

Kebakaran itu dipercayai berpunca datang daripada kenderaan milik tuan rumah yang terbakar di parkir hadapan kediaman tersebut sebelum ia merebak.

Sementara itu, semua mangsa yang diselamatkan itu berada dalam keadaan stabil dan dua daripada mereka telah menerima rawatan akibat kecederaan dialami.

image is not available 5 months ago

Rumah Hangus Dijilat Api, Pasangan Baru Kahwin Rentung Berpelukan - "Suami Naik Atas Nak Selamatkan Isteri"