Lelaki maut selepas motosikal terbabas, tercampak ke longkang

15 Nov 2025 • 10:31 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Seorang lelaki berusia 36 tahun maut selepas motosikal ditunggangi terbabas di Jalan Siram, Butterworth dan mangsa tercampak ke dalam longkang

BUTTERWORTH: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas ke bahu jalan sebelum mangsa tercampak ke dalam longkang dalam kejadian di Jalan Siram di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.15 pagi berhubung kemalangan membabitkan seorang penunggang motosikal.

“Sebaik tiba di lokasi, pihak bomba mendapati Kishore Kumar Ravindar, 36, berada dalam longkang sedalam dua meter dan dipercayai tercampak ke situ selepas motosikalnya terbabas di bahu jalan,” katanya.

Komander Operasi membuat size up dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa dari longkang telah dijalankan.

Lelaki itu berjaya dikeluarkan pada 4.44 pagi dan pemeriksaan mendapati mangsa telah meninggal dunia di lokasi.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat. – Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved