
SANDAKAN: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan yang melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori berhampiran Ladang Sakilan, Batu 25, di sini pada Isnin.
Pengganti Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Chauslim Sunsubin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.25 malam menerusi talian MERS999 dan sebuah pasukan tujuh anggota dikerah ke lokasi sejauh 34km dari balai itu sebelum tiba pada jam 9.02 malam.
Tujuh anggota polis dan tiga petugas kesihatan turut berada di lokasi.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Dua mangsa ditemui di lokasi. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia sementara seorang lagi cedera di kepala,” katanya.
Operasi ditamatkan pada jam 9.30 malam selepas pasukan memastikan tiada bahaya lain di lokasi.

