Lelaki Nyaris Maut, Ditembak Ketika Ambil Anak Pulang Sekolah

2 Jul 2025 • 12:41 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an berdepan detik cemas apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya ditembak dari jarak dekat oleh dua individu tidak dikenali berhampiran sebuah sekolah rendah di Sungai Nyior di Butterworth, petang semalam.

Lelaki ditembak ketika ambil anak pulang dari sekolah

image is not available

Foto: Sinar Harian

Menurut laporan Sinar Harian, dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, mangsa dilaporkan sedang dalam perjalanan untuk mengambil anaknya pulang dari sekolah apabila didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal.

Menurut sumber, suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah cermin sisi bahagian pemandu sebelum melarikan diri.

Mangsa bagaimanapun terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Gambar kejadian yang tular di media sosial menunjukkan sekurang-kurangnya lima kesan tembakan pada bahagian cermin pemandu kenderaan terbabit apabila ia ditembak dengan jarak dekat.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Setakat ini, pihak polis masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sumber: Sinar Harian